Assalamualaikum buat kawan seperjuangan dan tetamu yang sudi mengunjungi Laman Web ini. Selain daripada menyimpan kenangan ini sebagai sebahagian khazanah hidupku, aku juga ini berkongsi kenangan ini bersama kawan-kawan dan rakan seperjuangan. Selepas tamat latihan perguruan, aku telah di tempatkan di Kapit, Sarawak. Pada mulanya aku ditempatkan di SRB Nanga Bawai, kira-kira satu jam menaiki bot dari Pekan Kapit. Sedangkan sebelum ke Kapit aku terpaksa menaiki dua buah Ekspres ( panggilan bagi bot laju oleh masyarakat Sarawak) Perjalanan dari Bandaraya Kuching ke Kapit mengambil masa lebih kurang lapan jam. Kalau terlewat, terpaksa bermalam di Bandar Sibu sementara menunggu perjalanan bot seterusnya. Bersama aku hanyalah sebuah beg pakaian dan sebuah kota besar (Kotak Televisyen) yang aku muat segala keperluan termasuk dapur minyak gas dan lesung batu. Aku sebenarnya sudah tahu serba sedikit tentang Hulu Kapit daripada kawan-kawan dan juga hasil pembacaan. Yang pastinya semua keperluan harus dibawa sendiri kerana dalam hutan apa yang ada. Rasa nak patah tulang bahu aku memikul beban hampir 50 kg manakala tali beg pula buat hal... terputus kerana tak tahan menanggung entah apa yang aku bawa. Bila melapor diri ... tahu-tahu nama aku tak ada di SRB Nanga Bawai. Terpaksa aku pikul balik beban turun bukit untuk ke PPD Kapit untuk bertanya masalah aku. Kali pertama dalam hidup aku rasa hendak menanggis. Mundir mandir ditempat asing dengan beban yang tak boleh ditinggal. (Takut Orang Curi). Bila ke PPD baru aku tahu memo penempatan aku telah ditukar ke SRB Nanga Tiau, tambah lagi tujuh jam perjalanan ke Hulu Kapit dan aku dapat anugerah ANTARA ORANG SEMENANJUNG PALING JAUH DI PEDALAMAN. Aku dapat tahu .., ini semua kerja orang pejabat di PPD. Tukar sedara mara dia sesuka hati tanpa memikirkan masalah orang. Namun begitu aku gagahi juga kerana minat aku dalam pendidikan. Apa yang tak boleh aku lupa... hari pertama meniti kayu balak yang dijadikan titi untuk menaiki perahu, aku dah mandi sungai. TERJATUH kerana tak dapat nak mengimbangi badan yang sedang memikul 50kg keperluan di dalam hutan. |